Bantuan untuk Palestin tak putus

Bantuan untuk Palestin tak putus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin mengajak masyarakat terus memberi sumbangan untuk rakyat Palestin yang ketika ini sengsara akibat kejahatan Israel.

Kata penyanyi nombor satu negara itu, bantuan dan pertolongan rakyat Malaysia amat penting, perlu diteruskan dari semasa ke semasa.

“Saya dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa menerusi Yayasan Nurjiwa menyalurkan sumbangan orang ramai terus kepada wakil kami di Palestin.

“Keadaan mereka yang sehelai sepinggang di kem-kem penempatan di selatan Gaza cukup memang mengesankan.

“Dalam persediaan menghadapi musim sejuk tidak lama lagi, mereka amat memerlukan lebih-lebih lagi keperluan asas seperti makanan, selimut, baju tebal dan lain lagi.

“Justeru, saya mengajak orang ramai terus menyumbang untuk membantu menampung keperluan saudara kita di Palestin,” katanya.

Siti ditemui pada konsert Ini Baru Bintang terbitan Radio Televisyen Malaysia, baru-baru ini.

Dalam pada itu, penyanyi kesayangan ramai itu juga memaklumkan sumbangan rakyat negara ini diperlukan ketika rakyat Palestin berdepan fasa sukar kini.

Siti juga bersyukur kerana diberi peluang bersama-sama membantu menyalurkan terus sumbangan rakyat Malaysia kepada penduduk negara itu.

“Alhamdulillah, bantuan yang disalurkan setakat ini tidak putus malah berterusan sehingga ke hari ini.

“Sumbangan kita dimanfaatkan wakil kami di sana untuk sediakan makanan, tangki air dan keperluan lain untuk mereka yang terkesan.

“Saya harap kita terus mendoakan dapat menyumbang untuk mereka di sana,” katanya lagi.

Sumbangan untuk Palestin boleh juga disalurkan kepada Yayasan Nurjiwa menerusi akaun 514486106455 (Maybank).

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN