Amerika Syarikat harus bersikap adil bincang isu Palestin 

Amerika Syarikat harus bersikap adil bincang isu Palestin 

ANWAR Ibrahim bersalaman dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken pada sesi pemukiman Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Moscone Centre. - GAMBAR FACEBOOK ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepada Amerika Syarikat (AS) bahawa negara itu harus bersikap adil dan tidak bersikap berkecuali apabila berbincang mengenai konflik di Gaza, Palestin, susulan serangan oleh zionis Israel. 

Perdana Menteri berkata, prinsip keadilan dan hak asasi manusia adalah penting untuk ditegakkan termasuk dalam isu perdagangan global dan pertumbuhan ekonomi. 

Beliau membangkitkan perkara itu sekali lagi di hadapan Presiden AS, Joseph Biden mengenai prinsip keadilan dan hak asasi manusia pada sesi kedua Pemukiman Pemimpin Ekonomi APEC di Moscone Centre, hari ini.   

“Saya menegaskan keperluan untuk semua negara mendesak gencatan senjata di Gaza supaya tiada lagi orang awam yang terkorban terutamanya bayi-bayi kecil. 

“Amerika Syarikat harus bersikap adil dan tidak harus bersikap berkecuali apabila berbincang mengenai konflik di Gaza,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya