MARAN: Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Dr. Ismail Abd. Muttalib yang dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN) sejak 6 November lalu dilaporkan semakin stabil.
Isteri beliau, Datin Seri Fatimah Kasim berkata, Ismail mengadu tidak sihat ketika berada di ruang lobi Parlimen bagi menghadiri sidang Dewan Rakyat.
Beliau seterusnya dibawa mendapatkan rawatan kesihatan di IJN dan ditahan untuk rawatan lanjut di wad biasa.
Tambahnya, Ismail seterusnya dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) untuk mendapat rawatan intensif berkaitan masalah berkaitan pernafasan pada Ahad lalu.
“Alhamdulillah, beliau tak ada masalah jantung, darah tinggi dan kencing manis.
“Semua clear, cuma batuk-batuk dan demam tak menentu. Sekarang masuk antibiotik di CCU supaya dia tak bergerak. Datuk Seri dijangka keluar CCU petang ini atau esok, ” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini. – UTUSAN