Ahli Parlimen Langkawi mohon maaf beri kenyataan seksis

Ahli Parlimen Langkawi mohon maaf beri kenyataan seksis

MOHD. SUHAIMI ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Langkawi, Mohd. Suhaimi Abdullah memohon maaf di Dewan Rakyat hari ini berhubung kenyataannya yang berbaur seksis kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, tiga minggu lalu.

Katanya, permohonan maaf tersebut dibuat atas kekhilafan beliau sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan ahli Parlimen.

“Saya ingin memohon maaf atas kekhilafan saya dalam perbahasan Belanjawan 2024 pada 26 Oktober lalu.

“Permohonan maaf ini dibuat kepada Yang Dipertua dan ahli-ahli Dewan berhubung kenyataan tersebut yang mungkin terguris dan tersinggung akibat kekhilafan saya.

“Saya ingin menegaskan sebagai wakil rakyat pulau legenda, Langkawi amat dekat di hati saya dan isu-isu membelenggu rakyat tidak wajar diperlekehkan atau dipersepsikan mana-mana pihak,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Permohonan maaf itu mendapat pujian ahli Parlimen yang hadir yang menganggapnya berjiwa besar dan ada yang juga menerima permaafan beliau.

Namun, Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman meminta Mohd. Suhaimi supaya memohon maaf terus kepada Teresa.

“Terima kasih kepada Langkawi di atas permohonan maaf beliau namun begitu Yang Berhormat Seputeh tidak ada dalam dewan sewaktu permohonan maaf jadi harap beliau memohon maaf secara terus,” katanya.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul turut bersetuju dengan kenyataan tersebut.

“Minta Langkawi jumpa Seputeh,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya