Afidavit petisyen didakwa cacat - Utusan Malaysia

Afidavit petisyen didakwa cacat

MUHAMAD HILMAN IDHAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Afidavit petisyen terhadap keputusan pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia didakwa cacat berhubung tuduhan berlaku sogokan pemilih atau pengundi dilakukan oleh penyandangnya, Muhamad Hilman Idham.

Muhamad Hilman berkata, beliau sudah menerima petisyen tersebut dan sedang diteliti peguamnya sebelum memasuki proses perbicaraan pada bulan depan dan menafikan salah laku tersebut dilakukannya.

“Mahkamah juga sudah tetapkan tarikh pada minggu kedua dan ketiga bulan depan untuk mendengar dan perbi­caraan penuh.

“Dakwaan bukan kepada saya, perinciannya saya kena semak. Tak jelas apa yang berlaku. Saya juga dimaklumkan oleh peguam berkenaan afidavit yang dikemukakan juga cacat, jadi kita berbincang untuk ambil tindakan selanjutnya menjelang perbicaraan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu akhbar ini melaporkan Mahkamah Tinggi Shah Alam mene­rima petisyen pilihan raya untuk membatalkan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bagi DUN Gombak Setia.

Malah sumber Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, tiada petisyen bantahan bagi kawasan lain difailkan meskipun Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sebelum ini memberitahu akan mengemukakannya bagi empat DUN yang dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada 12 Ogos lalu.

Pada PRN lalu Hilman Idham (PN) memenangi DUN itu dengan 30,299 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN) Datuk Megat Zulkarnain Omardin, 30,241 undi menerusi pertembungan tiga penjuru. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN