Affandi mahu jadi ‘negarawan askar’ bela veteran tentera - Utusan Malaysia

Affandi mahu jadi ‘negarawan askar’ bela veteran tentera

RAJA Mohamed Affandi Mohamed Noor (kiri) beramah mesra dengan veteran tentera di Kemasik, Kemaman, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN:  Calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bersedia menjadi ‘negarawan askar’ untuk membela golongan veteran sekiranya terpilih sebagai Ahli Parlimen Kemaman dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu pada 2 Disember ini. 

Bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu berkata, beliau sanggup mengambil tanggungjawab tersebut dalam memastikan sebahagian inisiatif membela nasib veteran tentera yang pernah dipeloporinya tidak diteruskan selepas beliau bersara pada tahun 2016.

“Banyak program-program yang saya buat dahulu berhenti. Bagi saya, ia unfinished business (urusan yang tidak selesai) yang perlu saya selesaikan. 

“Jadi Tuhan jentik hati saya (untuk terima jadi calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman) untuk teruskan apa yang saya tinggalkan dahulu,” katanya ketika ditemui selepas  pertemuan dengan veteran ATM di Kerteh di sini, hari ini.

Raja Mohamed Affandi berkata, antara program-program kebajikan yang terhenti itu ialah Bantuan Bakti Negara yang menawarkan bantuan kewangan kepada veteran tentera tidak berpencen sebanyak RM200 sebulan. 

Ujarnya, beliau juga memperkenalkan program Satu Anggota Satu Rumah, bagi membantu anggota dan veteran ATM memiliki rumah. 

“Waktu saya dalam perkhidmatan saya telah berjaya menaikkan pencen hilang upaya daripada RM65 sebulan kepada RM500. 

“Saya juga telah mengemukakan formula kenaikan pencen veteran yang munasabah dilaksanakan tetapi tidak sempat dilaksanakan kerana pertukaran kerajaan (Persekutuan),” katanya. 

Sehubungan itu, Raja Mohamed Affandi memohon diberi peluang untuk menjadi Ahli Parlimen Kemaman bagi menyuarakan nasib veteran tentera di Dewan Rakyat. 

“Insya-Allah saya akan jadi lebih baik daripada  apa yang telah ada (Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd. Nor),” katanya.  – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya