Ada mangsa scam pergi semula ke negara terlibat

Ada mangsa scam pergi semula ke negara terlibat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Terdapat rakyat Malaysia yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia di luar negara pergi semula ke negara terlibat walaupun setelah diselamatkan pihak berkuasa.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ada juga individu yang sudah mengetahui tawaran kerja adalah scam, namun tetap meneruskan hasrat mereka ke sana.

“Ada yang tidak ada kena mengena dengan scam pun. Dia pergi untuk berjudi di luar negara tetapi kalah, kemudian pinjam along dan dia tak boleh balik kita selamatkan.

“Tetapi terdapat juga kes yang mana mangsa betul-betul naif dan percaya dengan tawaran diberikan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pentauliahan Program Pensijilan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di sini hari ini.

Menurut Saifuddin, kerajaan akan sedaya upaya untuk membawa pulang rakyat negara ini yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia dan masih terperangkap di luar negara berdasarkan prinsip ‘the right to return’.

Kata beliau, kerajaan bertanggungjawab membantu rakyat yang berada dalam kesusahan tanpa mengambil kira tujuan mereka ke sana.

“Kerajaan akan buat apa sahaja untuk bawa mereka balik, kita akan gunakan hubungan diplomatik ataupun agensi ke agensi dan perkongsian maklumat perisikan.

“Kerjasama ahli keluarga juga penting sebab setelah mereka buat aduan, mesti berikan semua maklumat yang mereka tahu, itu penting sebab sering kali bila kami selamatkan kita cuba buat profiling nak tanya kenapa pergi, siapa yang bawa (tetapi) dia mendarat saja di KLIA dia balik terus,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN