9 dikhuatiri terperangkap dalam runtuhan bangunan - Utusan Malaysia

9 dikhuatiri terperangkap dalam runtuhan bangunan

SERAMAI sembilan mangsa dikhuatiri terperangkap selepas sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan runtuh dalam kejadian di Bayan Lepas, Pulau Pinang, kira-kira pukul 9.58 malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Seramai sembilan mangsa dikhuatiri terperangkap selepas sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan runtuh dalam kejadian di Bayan Lepas, di sini malam ini.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Azrul Khairi Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 9.58 malam tadi.

SERAMAI sembilan mangsa dikhuatiri terperangkap selepas sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan runtuh dalam kejadian di Bayan Lepas, Pulau Pinang, kira-kira pukul 9.58 malam tadi. – Pic: IHSAN BOMBA

”Apabila pihak JBPM tiba di tempat kejadian didapati terdapat runtuhan bangunan yang sedang dalam pembinaan.

”Maklumat awal terdapat sembilan orang mangsa terperangkap dan kerja-kerja penyelamatan sedang dilakukan. Status mangsa masih belum diketahui.

SERAMAI sembilan mangsa dikhuatiri terperangkap selepas sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan runtuh dalam kejadian di Bayan Lepas, Pulau Pinang, kira-kira pukul 9.58 malam tadi. – Pic: IHSAN BOMBA

“Maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya