Banjir di Terengganu semakin surut - Utusan Malaysia

Banjir di Terengganu semakin surut

SEORANG penduduk meredah banjir sambil berpayung di Kampung Alur, Surau Panjang, Kuala Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI   
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Banjir di Terengganu semakin pulih apabila jumlah masa terus berkurangan kepada 1,137 orang daripada 309 keluarga setakat pukul 8 pagi ini berbanding 2,311 orang daripada 629 keluarga pada pukul 4 petang semalam.

Jumlah mangsa banjir berkurangan selepas empat pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup secara berperingkat sejak lewat petang semalam.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, terdapat 17 PPS yang masih beroperasi di empat daerah ketika ini iaitu lapan di Kuala Nerus, empat di Kuala Terengganu, empat di Marang dan satu di Besut.

Menurutnya, mangsa tertinggi ketika ini ialah di daerah Kuala Terengganu iaitu 482 orang daripada 133 keluarga diikuti Kuala Nerus (423 orang daripada 114 keluarga).

Di Marang pula, terdapat 177 mangsa daripada 48 keluarga manakala di Besut, terdapat 55 mangsa daripada 14 keluarga.

“Cuaca diramal baik sepanjang hari ini dengan hujan hanya di beberapa tempat dan jika tiada sebarang halangan, lebih ramai mangsa akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

“Bagaimanapun, mangsa perlu terus berwaspada dengan sebarang perubahan cuaca di sekeliling mereka dan terus datang ke PPS jika rumah kembali dinaiki air,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui portal
https://publicinfobanjir.water.gov.my/aras-air pula melaporkan tiada sungai utama di Terengganu yang melepasi paras bahaya setakat 8 pagi ini.

Stesen bacaan di parit utama Padang Kemunting daerah Kuala Nerus terus menunjukkan trend penurunan dengan bacaan melebihi paras waspada iaitu 3.51 meter (paras waspada 3.2 meter).

Di Kemaman, Sungai Tumpat di stesen bacaan Kampung Baru Kemasik masih merekodkan bacaan melepasi paras waspada iaitu 1.76 meter (paras waspada 1.60 meter). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya