6 termasuk tiga penjawat awam ditahan dakwaan kes pemerasan

6 termasuk tiga penjawat awam ditahan dakwaan kes pemerasan

Mercun
HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan enam individu termasuk tiga penjawat awam dipercayai terlibat dalam kes penculikan seorang warga asing dalam kejadian di Gombak di sini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima laporan dibuat di Ibu pejabat Polis Daerah Gombak kira-kira 10.21 malam pada 8 November lalu daripada lelaki warga asing yang menyatakan bapa saudaranya meminta untuk diselamatkan dengan membawa sejumlah wang.

Katanya, pengadu kemudian menerima panggilan daripada nombor tidak dikenali yang melarangnya membuat laporan polis.

“Bertindak atas maklumat, tiga suspek merupakan penjawat awam ditahan pada 9.30 malam, Jumaat lalu.

“Turut ditahan, tiga orang awam manakala tiga lagi suspek masih bebas sedang diburu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Hussin, kesemua suspek direman dan kes disiasat di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan (KK) kerana cuba melakukan pemerasan.

Jelas beliau, kes turut disiasat di bawah Seksyen 342 KK kerana kurungan salah.

“Pihak polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara telus dan adil berhubung kes knj tanpa melindungi mana-mana pihak.

“Justeru, kita memohon kerjasama semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini,” ujarnya.

Hari ini tular laporan mendakwa tiga anggota polis dari sebuah jabatan di Putrajaya dekat sini ditahan kerana dipercayai terlibat kes pemerasan dan kurungan salah melibatkan seorang warga asing.

Dalam laporan itu turut mendakwa tiga anggota itu diupah seorang warga tempatan apabila mangsa dikatakan berhutang dengan suspek utama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN