5G sepenuhnya di Selangor pada 2025 - Utusan Malaysia

5G sepenuhnya di Selangor pada 2025

5G
MOHAMMAD Fahmi Ngah ditemui pemberita dalam sidang akhbar ketika Sidang Dewan Undangan Negeri di Shah Alam, Selangor hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Selangor disasar menerima liputan 5G sepenuhnya menjelang 2025 di seluruh kawasan yang mempunyai penduduk termasuk luar bandar.

Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi, Dr. Mohammad Fahmi Ngah berkata, usaha tersebut sedang digiatkan dengan kerjasama kerajaan negeri dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi merealisasikan sasaran tersebut.

“Capaian 5G di Selangor sehingga kini adalah 94.3 peratus, namun sasaran kerajaan negeri untuk capaian internet jenis ini adalah 96.3 peratus.

“Kerajaan negeri akan menjadi pemudah cara kepada SKMM sekiranya perlunya untuk membina pencawang telekomunikasi baharu sekiranya diperlukan,” katanya dalam sidang akhbar, hari ini.  

Dalam perkembangan berasingan, Fahmi memaklumkan sebanyak 35 buah Pusat Ekonomi Digital (PEDi) baharu akan dibina SKMM di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), mulai suku kedua tahun hadapan.

Menurutnya, kebanyakannya akan dibina di sekitar daerah Petaling dan Klang, bagi merancakkan ekonomi digital di kawasan berkenaan.

“Kerajaan negeri tidak mengeluarkan sebarang kos untuk membina PEDi dan ini adalah satu berita gembira kerana duit rakyat negeri Selangor tidak dikeluarkan.

“Ketika ini, terdapat 48 buah PEDi di seluruh negeri yang menggunakan rangkaian internet Wifi Smart Selangor. Tapi 48 buah pusat ini akan menggunakan rangkaian internet daripada enam syarikat telekomunikasi tempatan selepas ini,” ujarnya. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.