32 peratus daripada 70,000 pesakit HIV tidak jalani rawatan - Utusan Malaysia

32 peratus daripada 70,000 pesakit HIV tidak jalani rawatan

DR. ANITA Suleiman (tiga dari kiri) mengiringi Tengku Noraida Tengku Mahmood (empat dari kiri) menyampaikan sumbangan pada Majlis Pelancaran Memacu Kehidupan Rumah Kebajikan Program Cili Boh Cakna di Baitul Cakna Kampung Pelandan, Hulu Terengganu. - UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Kira-kira 32 peratus daripada 70,000 rakyat Malaysia yang menghidap HIV ketika ini tidak mendapatkan ujian rawatan.

Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Anita Suleiman berkata, golongan tersebut didapati malu dengan persepsi negatif masyarakat punca utama pesakit tidak tampil jalani rawatan.

“Hanya 68 peratus sahaja daripada jumlah keseluruhan individu penghidap HIV hadir menerima rawatan di seluruh negara. Kita bimbang, selebihnya itu kerana ketidakhadiran tampil boleh tingkatkan risiko penularan.

“Mereka yang dijangkiti sekiranya mengambil rawatan dan capai tahap virus tidak dapat dikesan atau ‘undetectable’, kebarangkalian untuk penularan dapat dikurangkan sehingga 96 peratus.

“Kita galakan agar semua yang tahu diri mereka positif HIV agar mulakan rawatan segera, jangan teragak-agak. Mereka yang berisiko tinggi pula tetapi masih belum tahu status  buatlah ujian  secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Memacu Kehidupan Rumah Kebajikan Program Cili Boh Cakna di Baitul Cakna Kampung Pelandan, dekat sini, hari ini.

Pada majlis berkenaan, Yayasan Petronas  menyampaikan sumbangan  bernilai RM298,100 bagi membantu kembangkan lagi perusahaan cili boh diusahakan penghuni rumah kebajikan tersebut.

Sumbangan disampaikan Ketua Operasi Yayasan Petronas, Tengku Noraida Tengku Mahmood kepada Pengerusi Yayasan AIDS Malaysia, Prof. Datuk Dr. Adeeba Kamaruzaman.

Menurut Tengku Noraida, sumbangan itu kesinambungan kerjasama telah termeterai di antara Yayasan Petronas dan Yayasan AIDS Malaysia sebagai usaha membantu anggota komuniti yang terkesan oleh HIV. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya