3,000 perwakilan dijangka hadir persidangan agung pertama Gagasan Rakyat - Utusan Malaysia

3,000 perwakilan dijangka hadir persidangan agung pertama Gagasan Rakyat

NIZAM Abu Bakar Titingan (duduk,tengah) bersama barisan pimpinan Gagasan Rakyat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Persidangan Agung Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Isnin ini dijangka dihadiri 3,000 perwakilan dan pemerhati dari seluruh bahagian Sabah dan Labuan.

Ketua Penerangan Gagasan Rakyat, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, menerusi persidangan itu, Gagasan Rakyat akan menentukan hala tuju parti yang mewakili suara rakyat Sabah pada masa kini dan depan.

Beliau berkata, pada masa ini respon dan sambutan rakyat terhadap Gagasan Rakyat sangat baik dan berkembang dengan lebih pantas berbanding jangkaan.

“Parti berbilang kaum tanpa dipengaruhi oleh sentimen kaum dan agama ini berteraskan kepada perjuangan ‘Sabah First’ (Sabah diutamakan) yang menjadi salah satu landasan perjuangan parti,” katanya.

Beliau berkata, persidangan akan bermula dengan persidangan sayap-sayap parti iaitu Pergerakan Wanita, Pemuda dan Beliawanis yang dirasmikan oleh Timbalan Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri Masidi Manjun.

Persidangan induk yang bermula pukul 2 hingga 6 petang disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor selaku Presiden Gagasan Rakyat.

Nizam berkata, Gagasan Rakyat akan terus memperkukuh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama anggota parti-parti komponen lain agar parti itu terus menjadi pilihan rakyat Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Jelas beliau, diharap rumusan persidangan itu nanti akan menyuntik semangat anggota parti di semua peringkat bagi memperkukuh parti dan menjadikan Gagasan Rakyat sebagai suara rakyat di negeri ini.

Pencapaian dan kejayaan kerajaan perpaduan GRS dan PH plus yang dipimpin oleh Hajiji sebagai Ketua Menteri menjadi penanda aras Gagasan Rakyat mendapat sokongan rakyat di negeri ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya