18,289 pekerja sektor 3D terlatih, ada kad kompetensi

18,289 pekerja sektor 3D terlatih, ada kad kompetensi

M Noor Azman Taib melawat ruang pameran selepas Majlis Pelancaran Inisiatif Digitalisasi Industri Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara di KPKT, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan bakal melatih 18,289 orang tenaga mahir dalam kalangan rakyat tempatan yang terlibat dalam sektor pekerjaan 3D (kotor, bahaya dan sukar) agar lebih cekap dan terlatih dalam pengurusan sisa pepejal.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, langkah itu adalah perancangan jangka panjang dalam meningkatkan perkhidmatan industri berkenaan sekali gus menjadi contoh kepada negeri-negeri yang belum menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

Dalam hal itu, menurut beliau, pihaknya merancang untuk mengadakan program pembangunan kompetensi kepada warga kerja yang terlibat dengan pengurusan sisa pepejal dengan pemberian kad kompetensi pekerja.

“Kad kompetensi merupakan suatu pengiktirafan bagi pekerja di lapangan dapat dipastikan menerima latihan yang betul dan mempunyai pemahaman asas mengenai Akta 672 serta peraturan-peraturan di bawah akta tersebut.

“Pelaksanaan program pembangunan kompetensi tersebut akan dibangunkan secara bersepadu dan holistik dengan kerjasama agensi-agensi di bawah kementerian.

“Ia seperti Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Perbadanan Pengurusa Sisa Pepejal (JPSPN), Perbadanan Pengurusa Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) dan i-KPKT serta agensi-agensi lain berdasarkan keperluan kelak,” katanya dalam ucapan Majlis Pelancaran Inisiatif Digitalisasi Industri Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara, di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Setiausaha kementerian, Datuk M. Noor Azman Taib yang turut menyaksikan kolaborasi strategik antara JPSPN, SWCorp dan Kumpulan AFFIN dalam melengkapkan proses digitalisasi pelesenan di bawah kementerian itu.

Kor Ming berkata, dengan adanya inisiatif- inisiatif yang lebih proaktif itu, ia dapat menggalakkan pemain industri untuk menjadikan pengurusan sisa pepejal sebagai satu bidang profesional dan berdaya saing.

Pada masa sama, kementerian berharap program pembangunan kompetensi seperti ini dapat meningkatkan pengetahuan lebih 26,000 pekerja-pekerja industri khususnya industri pengurusan sisa pepejal.

“Ia supaya sasaran untuk meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan melalui pekerja yang berkualiti dan berkemahiran dapat dicapai menjelang tahun 2030,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya