110 pelajar asnaf, B40 di Cheras terima bantuan YBR

110 pelajar asnaf, B40 di Cheras terima bantuan YBR

PHILIP Benedict Lasimbang (dua dari kanan) menyerahkan cek mock-up kepada Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai simbolik penyerahan Bantuan Awal Pengajian YBR kepada penerima di Bandar Tun Razak, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 110 pelajar daripada golongan asnaf dan keluarga B40 di Cheras menerima bantuan awal pengajian daripada Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama daripada Pertubuhan Kebajikan Insan Sejahtera Kuala Lumpur.

Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang berkata, objektif bantuan tersebut adalah untuk menyediakan bantuan kewangan kepada penerima yang layak sebagai permulaan memulakan semester atau menyediakan peralatan pengajian diperlukan terutama bagi kumpulan pelajar dari kalangan asnaf dan keluarga B40.

Kata beliau, YBR akan berusaha untuk membantu lebih ramai pelajar dalam kalangan B40 untuk memulakan mahupun menyambung pengajian sedia ada bagi memastikan beban kewangan perlu ditanggung oleh keluarga mereka dapat dikurangkan terutama di kawasan luar bandar.

“YBR juga menyambut baik inisiatif Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam pembentangan Belanjawan bagi tahun 2024 di mana beliau mengarahkan semua IPTA untuk mengehadkan bayaran semasa pendaftaran tidak melebihi RM1,500.

“Malah, bagi kemasukan pelajar yang kurang kemampuan untuk membayar, yuran pendaftaran tidak akan di tolak sehingga pelajar tersebut menerima bantuan pinjaman pendidikan.

“Bagi meneruskan usaha dalam menyediakan pelajar-pelajar dan golongan muda akses pendidikan yang berkualiti, inisiatif ini diharapkan memberi semangat kepada pelajar-pelajar di luar sana untuk meneruskan pengajian ke peringkat tertier dan seterusnya meningkatkan pembangunan modal insan negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Majlis Perasmian Bantuan Awal Pengajian YBR disempurnakan oleh Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Wan Azizah yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau berterima kasih kepada YBR kerana terus memberi sokongan kepada pelajar-pelajar yang menghadapi bebanan kewangan menyambung pengajian mereka.

“Bantuan tunai yang diberikan inisiatif bagi mengurangi bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat dan saya amat berterima kasih di atas sokongan berterusan yang diberikan oleh YBR dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik khususnya dalam kalangan pelajar di sekitar Bandar Tun Razak,” katanya.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Setiausaha Politik Kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin; Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani; Ketua Bahagian Operasi YBR, Mohd Mukhti Abd Rahman dan Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya