1,003 mangsa banjir di tiga negeri

1,003 mangsa banjir di tiga negeri

KEADAAN di Kampung Cemperai, Dengkil yang dilanda banjir akibat paras Sungai Semenyih dan Sungai Langat yang meningkat melebihi paras ban sungai di Dengkil. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 13 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Selangor, Perak dan Pahang setakat pukul 10 pagi ini bagi menempatkan 1,003 mangsa yang terjejas akibat banjir sejak semalam.

Berdasarkan kemas kini laman sesawang info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), terdapat lapan PPS dibuka di Selangor membabitkan 697 mangsa yang terdiri daripada 177 keluarga setakat ini.

PPS tersebut adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Bangi menempatkan seramai 84 mangsa, SK Semenyih (4), Dewan Orang Ramai Kampung Dato Ahmad Razali (101), Dewan Orang Ramai Jenderam Hilir (89), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dengkil (256), Dewan Orang Ramai Taman Gemilang (49), Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Camelia Seksyen 10 Putra Heights (91) dan Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Changgang (24).

Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS di Selangor meningkat berbanding semalam yang mencatatkan seramai 603 mangsa.

Di Perak pula, seramai 299 mangsa daripada 88 keluarga dipindahkan ke empat PPS diaktifkan iaitu di Dewan Serbaguna Kampung Padang Tembak Hili Perak membabitkan 145 mangsa, SK Bhangkat Lobak Kerian (97), SK Alor Pongsu Kerian (57) dan Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan.

Bagaimanapun, Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan tidak menunjukkan jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS tersebut.

Sementara itu di Pahang, hanya satu PPS diaktifkan hari ini iaitu dekat Balai Raya Kampung Semerting Bentong bagi menempatkan tujuh mangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya