KANGAR: Pasangan pelakon dan pengarah berkaliber, Sabri Yunus sah melangsungkan perkahwinan dengan Angeline Tan dalam satu majlis di sini hari ini.
Dua pelakon yang terkenal dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu dinikahkan oleh Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.
Pasangan berkenaan sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz.
Angeline atau lebih dikenali sebagai Lucy menerima mas kahwin seutas rantai emas. – UTUSAN