Umat Islam Pulau Pinang turut suarakan sokongan terhadap Palestin - Utusan Malaysia

Umat Islam Pulau Pinang turut suarakan sokongan terhadap Palestin

SEBAHAGIAN umat Islam yang mengadakan perhimpunan aman sebagai tanda sokongan kepada umat Islam di Palestin selepas solat Jumaat di pekarangan Masjid Hashim Yahya, George Town, Pulau Pinang hari ini. - Pic: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Kira-kira 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini berhimpun secara aman di pekarangan Masjid Hashim Yahya di sini, bagi menyatakan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Para peserta membawa bendera Palestin sebagai tanda sokongan kepada Semenanjung Gaza, malah laungan ‘Israel Cuak’, ‘Free Palestin’ serta takbir turut bergema sepanjang protes aman tersebut.

Para peserta turut membakar bendera Israel sebagai tanda protes terhadap tindakan regim Zionis yang menzalimi rakyat Palestin.

Selain itu, selepas solat Jumaat, turut diadakan solat hajat di seluruh masjid di negeri ini bagi mendoakan kesejahteraan umat Islam Palestin.

SEBAHAGIAN umat Islam yang mengadakan perhimpunan aman sebagai tanda sokongan kepada umat Islam di Palestin selepas solat Jumaat di pekarangan Masjid Hashim Yahya, George Town, Pulau Pinang hari ini. – Pic: IQBAL HAMDAN

Imam Masjid Hashim Yahya, Mohd. Arif Aizat Abd. Razak berkata, himpunan aman itu diadakan atas satu objektif iaitu menunjukkan sokongan kepada perjuangan umat Islam di Palestin dalam mempertahankan hak mereka yang ditindas Israel.

”Kita tunjukkan kepada semua pihak bahawa kita hadirkan diri secara sukarela hari ini dan kita prihatin dengan nasib yang menimpa umat Islam Palestin.

”Kita berharap suara umat Islam yang menentang kekejaman Israel terhadap Palestin akan didengari,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, penyatuan umat Islam tanpa mengira pandangan politik amat penting bagi memastikan Palestin dapat dibebaskan daripada kekejaman Israel. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya