Terima kasih Maryam, saya akan selesaikan demi kesejahteraan anak-anak

Terima kasih Maryam, saya akan selesaikan demi kesejahteraan anak-anak – Anwar

SURAT ditulis Maryam dan dimuat naik oleh Anwar Ibrahim di akaun media sosialnya - FACEBOOK/ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan isu mengenai tandas di setiap sekolah akan diselesaikannya.

Perdana Menteri berkata, beliau akan segera menyelesaikannya demi kesejahteraan murid dan pelajar.

“Terima kasih Maryam. Saya akan berusaha dengan lebih teliti dan percepat selesaikan masalah ini demi kesejahteraan anak-anak di sekolah,” katanya menerusi sebuah hantaran di Facebook.

Beliau berkata demikian selepas membaca sepucuk surat seorang murid tahun tiga  dikenali sebagai Maryam, yang menceritakan mengenai keadaan tandas di sekolahnya kepada Anwar atau dipanggilnya ‘Uncle Anwar’.

Surat yang ditulis Maryam itu turut dimuat naik Perdana Menteri dalam akaun media sosialnya.

Maryam berkata, tandas di sekolahnya tidak bersih dan hanya dua tandas yang mempunyai mangkuk tandas iaitu berada di tingkat paling atas.

Katanya, dia  melihat banyak gambar tandas sekolah yang berjaya diubah suai tetapi keadaan berbeza di tandas sekolahnya iaitu kekal sama.

“Hanya ada dua tandas yang ada mangkuk tandas. Jadi tolong bawa banyak lagi mangkuk tandas ke sekolah saya dan perkara terakhir saya nak bagitahu adalah mengenai siling tandas. Ketika ini, dua jubin siling sudah hilang,” katanya menerusi surat tersebut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN