Belanjawan 2024: Tangani masalah graduan menganggur

Tangani masalah graduan menganggur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pembentangan Belanjawan 2024 harus memberi tumpuan kepada usaha mensejahterakan rakyat termasuk memastikan pemberian subsidi bersasar sampai kepada golongan sepatutnya.

Timbalan Pengerusi Pertubuhan Hal Ehwal dan Pelindung Pengguna Sabah (CAPS), Datuk A. Nagaraju berkata, kerajaan harus memastikan barang-barang bersubsidi di pasaran mencukupi agar golongan sasar dapat memanfaatkan sepenuhnya pemberian subsidi itu.

Ketika ini, pelaksanaan subsidi kerajaan tidak sampai kepada golongan sasar kerana sesetengah barangan tidak cukup di pasaran.

Di samping itu, usaha membasmi kemiskinan tegar perlu dipergiatkan kerana kenaikan harga barangan pada masa ini menambah kesukaran kepada golongan miskin tegar untuk meneruskan kehidupan seharian.

Beliau berkata, bajet tahun depan juga harus memberi fokus kepada usaha menangani pengangguran dalam kalangan graduan. Jika dilihat hari ini, kadar pengangguran dalam kalangan graduan cukup tinggi dan keadaan itu membimbangkan.

“Agak membimbangkan apabila melihat graduan kita bekerja sebagai pemandu e-hailing dan penghantar makanan. Kerjaya sebegini bukannya bidang yang menawarkan pekerjaan berkemahiran tinggi,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, Nagaraju juga meminta kerajaan agar tidak pinggirkan golongan M40 dalam Bajet 2024 yang akan dibentangkan pada bulan depan.

Katanya, sehingga kini kerajaan hanya memberi fokus kepada pemberian bantuan untuk golongan B40 sahaja tapi, dalam keadaan sekarang, golongan M40 mula juga cukup terkesan dengan kenaikan harga barang di pasaran.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN