NEW YORK: Bintang drama Three’s Company, Suzanne Somers menghembuskan nafas terakhir di usia 76 tahun.
Mendiang yang menderita kanser payudara selama 23 tahun meninggal dunia sekitar pagi Ahad waktu tempatan.
Berita duka itu dikongsikan keluarganya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.
“Keluarga berkumpul bagi meraikan hari ulang tahun mendiang yang ke-77 pada 16 Oktober depan.
“Mereka ingin meraikan kehidupan mendiang dan sebagai tanda terima kasih kepada jutaan pengikut dan peminat yang menyayanginya selama ini,” katanya.
Mendiang pada Julai lalu memberitahu kembali bertarung dengan kanser payudara.
Somers sebelum ini bertarung dengan kanser kulit sebelum disahkan menghidap kanser payudara pada tahun 2000.
Selain Three’s Company, mendiang pernah muncul menerusi drama Magnum Force, The Rockford Files dan banyak lagi.