PETALING JAYA: “Masyarakat antarabangsa benar-benar hipokrit! Setiap hari ratusan rakyat Palestin dibunuh, bangunan dimusnahkan, apa kamu tunggu lagi? Berapa banyak nyawa rakyat Palestin yang mahu dikorbankan supaya ada tindakan.” Demikian kemarahan Ahmed Abu Ayesh yang juga Pengarah Hubungan Antarabangsa Kementerian Pendidikan dan Pengajian Tinggi Gaza mengenai apa yang berlaku di Gaza dan menimpa penduduk Palestin. Abu Ayesh mengkritik pemimpin dunia kerana tidak mengambil tindakan terhadap kezaliman zionis yang setiap hari…