Saya doakan terbaik - Yusof Haslam enggan ulas dakwaan Syamsul bercerai. - Utusan Malaysia

Saya doakan terbaik – Yusof Haslam enggan ulas dakwaan Syamsul bercerai.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah, Datuk Yusof Haslam menegaskan tidak tahu menahu berkenaan desas desus penceraian mengaitkan rumah tangga anaknya Syamsul Yusof dengan Ira Kazar.

Kata Yusof, beliau sebolehnya enggan mengulas memandangkan perkara itu masih menjadi khabar angin yang kebenarannya belum disahkan.

“Terus terang saya katakan saya tak tahu tentang perkara ini. Dia (Syamsul) pun sudah lama tidak pulang ke rumah. Kalau boleh saya tak mahu ulas lanjut tentangnya.

“Apa pun sebagai bapa, saya mendoakan yang terbaik untuk anak-anak saya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Terdahulu, khabar angin bertiup kencang apabila sebuah portal tempatan melaporkan Syamsul dan Ira sudah bercerai.

Bagaimanapun usaha Utusan Malaysia untuk mendapatkan pengesahan Syamsul tentang desas desus tersebut gagal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya