Sarawak negeri pertama tangani perubahan iklim global –

Sarawak negeri pertama tangani perubahan iklim global – Premier Sarawak 

ABANG Johari Tun Openg (tengah) melakukan lawatan ke salah satu pameran di Persidangan Kemuncak Matlamat Pembangunan Mapan (SDG) di Hotel Pullman, Kuching hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Sarawak mendahului negeri-negeri lain di Malaysia dan negara lain di Asia Tenggara dalam menangani perubahan iklim global selaras dengan Perjanjian Iklim Paris 2015.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak adalah rantau terkemuka dalam menghasilkan tenaga boleh bersih yang boleh diperbaharui di mana pada masa ini kira-kira 70 peratus daripada tenaga di negeri ini adalah daripada kuasa hidro.

“Ini dilakukan melalui pelan peralihan tenaga Sarawak yang bersistematik. Oleh itu, kita komited untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 60 peratus gabungan kapasiti tenaga boleh diperbaharui ada di negeri ini dengan kuasa hidro.

“Ini kerana dilihat tenaga hidro memberikan pilihan tenaga boleh diperbaharui mapan yang boleh memberi manfaat kepada kita, selain daripada penjanaan elektrik semata-mata,” katanya ketika berucap di majlis perasmian Persidangan Kemuncak Matlamat Pembangunan Mapan (SDG) di Hotel Pullman, Kuching hari ini.

Tambah Abang Johari, menerusi sistem kuasa itu, ia mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 73 peratus antara tahun 2010 sehingga 2021 sekali gus menyumbang kepada komitmen Sifar Bersih Karbon dan kemapanan Sarawak. 

“Dalam pada itu, kuasa hidro boleh diperbaharui ini memanfaatkan Sarawak dalam penerokaan pengeluaran hidrogen hijau dan solar terapung skala utiliti.

“Sarawak juga bekerjasama dengan syarikat multinasional (MNC) Jepun dan Korea Selatan untuk membangunkan kilang pengeluaran hidrogen mega di Bintulu. Ini membuktikan Sarawak mencapai kejayaan dalam laluannya ke arah pembangunan mapan,” dedahnya lagi. 

Untuk rekod, Sidang Kemuncak SDGs Malaysia 2023, di Sarawak merupakan platform bagi menyuarakan pandangan dan pendapat kepakaran dari pelbagai bidang terutamanya daripada kerajaan, industri, ahli akademik dan orang awam untuk berkumpul, bersatu dalam komitmen bagi menangani 17 Matlamat Pembangunan Mapan yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN