RUU GEG: Enam NGO bakal serah memorandum pada PM

RUU GEG: Enam NGO bakal serah memorandum pada PM

-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam industri rokok elektronik atau vape bakal menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mendakwa mereka disisihkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Enam NGO tersebut adalah Malaysia E-Vaporizers and Tobacco Alternative Association (MEVTA), Malaysia Retail Electronic Cigarette Association (MRECA) dan Malaysian Vape Industry Advocacy (MVIA).

Turut sama adalah Malaysia e-Liquid Brewers Association (MEBA), Persatuan Peniaga Vape Melayu (PPVM) dan Dewan Perniagaan Vape Malaysia (DPVM)

Enam NGO tersebut dalam kenyataan bersama berkata, mereka yang mewakili lebih 50,000 usahawan dalam industri vape yang majoritinya terdiri daripada kaum Melayu dan bumiputera berasa terkilan dengan tindakan KKM.

Menurut kenyataan itu, tidak ada penerangan dan perbincangan secara terperinci daripada pihak KKM dengan pemain industri sebelum Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) dibentangkan.

“Kami merasakan tindakan KKM dalam membentuk RUU tersebut dilakukan secara berat sebelah dan tidak wajar kerana kami tidak dimaklumkan tentang isi kandungan RUU yang bakal dibentangkan.

“Oleh yang demikian, pihak kami memohon agar pembentangan RUU GEG untuk bacaan kedua ditangguhkan bagi memberi ruang untuk sesi libat urus secara menyeluruh antara pihak kerajaan dengan pemegang taruh bagi membentuk RUU yang lebih adil dan bersesuaian untuk semua pihak.

“Justeru, kami ingin menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri agar suara industri mendapat perhatian dan dipertimbangkan oleh beliau,” kata kenyataan bersama berkenaan.

RUU berkenaan bertujuan mewujudkan generasi yang bebas daripada tabiat merokok, namun, ia hanya akan membabitkan golongan individu lahir selepas 1 Januari 2007.

Ia antara lain melarang penjualan serta penggunaan sebarang bentuk bahan merokok termasuk rokok elektronik atau vape kepada individu yang dilahirkan pada tahun selepas 2007.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya