Rombakan Kabinet: Anwar masih berteka-teki

Rombakan Kabinet: Anwar masih berteka-teki

ANWAR Ibrahim ketika hadir pelancaran Simposium 'The Path Towards Greater Prosperity For Malaysia' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim masih berteka-teki berhubung rombakan Kabinet yang setakat belum dimuktamadkan.

Ketika ditanya soal itu selepas hadir pada program Symposium – The Path Towards Greater Prosperity For Malaysia di sini, hari ini, Perdana Menteri masih tiada jawapan konkrit bila rombakan Kabinet itu akan diumumkan.

“Rombak Kabinet, kena rombak ke?” katanya. 

Ditanya bila ia akan dilakukan, beliau hanya memberikan jawapan ringkas: “Bila ada calon, nanti saya tanya (tanya pimpinan parti Kerajaan Perpaduan dahulu).”

Spekulasi rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan semakin bertiup kencang dengan Anwar dijangka melakukannya selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Pahang pada 7 Oktober lalu.

Rombakan Kabinet perlu dibuat segera bagi mengisi kekosongan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) susulan kematian Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.

Beberapa portal berita turut mengaitkan beberapa nama besar dalam komponen BN untuk kembali dilantik sebagai menteri termasuk Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M. Saravanan dan Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Turut bertiup kencang kononnya Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan memegang semula portfolio sebagai Menteri Dalam Negeri menggantikan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.