RM100 juta sokong kerjasama awam-swasta

Belanjawan 2024: RM100 juta sokong kerjasama awam-swasta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan memperuntukkan RM100 juta  untuk terus menyokong usaha yang diambil oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu rakyat di lapangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berata, ia selaras dengan Kerangka Ekonomi Madani yang mana kerajaan menumpukan kepada Kerjasama Awam-Swasta-Dermawan (PPPP) dalam melaksanakan projek untuk rakyat.

“Bagi memastikan sumber pendapatan institusi, organisasi dan tabung yang diluluskan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 terus mampan dan dapat menyokong inisiatif kebajikan yang dihasratkan oleh kerajaan, dicadangkan syarat penggunaan tidak melebihi 25 peratus daripada dana yang terkumpul bagi tujuan penglibatan dalam perniagaan dinaikkan kepada 35 peratus.

“Dengan kelonggaran ini, kerjasama antara kerajaan dan NGO dapat diperkukuh untuk menambah baik kualiti hidup rakyat,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN