RM10 juta bantu ringan beban rugi konflik hidupan liar

RM10 juta bantu ringan beban rugi konflik hidupan liar

KONFLIK melibatkan manusia-hidipan liar menyebabkan kerugian kepada rakyat . -GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sejumlah RM10 juta disediakan bagi membantu meringankan beban kerugian yang ditanggung oleh rakyat yang terlibat dengan konflik hidupan liar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana lebih 46,000 aduan melibatkan konflik hidupan liar dilaporkan dalam tempoh 2018 sehingga 2022. 

Katanya, ia melibatkan nilai kerugian dianggarkan RM43 juta. 

“Kerajaan akan menambah bilangan renjer komuniti kepada 2,000 orang 59 ketimbang 1,000 orang tahun ini bagi meningkatkan penguatkuasaan kawasan hutan simpan kekal. 

“RM60 juta diperuntukkan dengan tumpuan untuk melantik renjer daripada kalangan veteran Angkatan Tentera Malaysi (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) Orang Asli dan komuniti setempat,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Tambah Anwar, Kerajaan Persekutuan juga akan mempelopori penerbitan sukuk biodiversiti sehingga RM1 billion yang melibatkan penanaman semula hutan terosot yang akan menjanakan kredit karbon. 

“Inisiatif penanaman semula ini akan diusahasamakan dengan kerajaan negeri yang berminat dan bakal memanfaatkan sebahagian daripada kredit karbon yang dijanakan,” katanya. -UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN