SEREMBAN: Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan memantau keadaan cuaca semasa untuk mengambil langkah-langkah awal menghadapi risiko berlakunya kejadian tanah runtuh atau kepala air khususnya di kawasan taman negeri dan taman-taman eko rimba di negeri ini. Pengarah Perhutanan negeri, Hamidi Abd. Halim berkata, pihaknya mengambil perhatian sebarang risiko yang boleh berlaku menjelang tempoh berlakunya Monsun Timur Laut termasuk sentiasa mendapatkan maklumat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) serta Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.…










