Ribut petir, hujan lebat di 11 negeri hingga 7 malam - Utusan Malaysia

Ribut petir, hujan lebat di 11 negeri hingga 7 malam

hujan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di 11 negeri sehingga pukul 7 malam ini.

Menurut MetMalaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di kebanyakan kawasan di Kedah; Pulau Pinang; Perak; Kelantan; Terengganu; Pahang; Selangor; Kuala Lumpur; Negeri Sembilan; Sarawak dan Sabah.

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Kedah (Langkawi, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu); Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim).

“Selain itu di Kelantan; Terengganu (Besut, Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman);  Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh); Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Petaling); Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan (Jelebu).

“Seterusnya di Sarawak iaitu di Kapit (Kapit) dan Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Sabah di pedalaman (Nabawan) dan Sandakan sehingga 7 malam,” menurut hantaran di Facebook.

Jelas MetMalaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN