Reunion Perdana Alumni UPSI di Kota Bharu meriah

Reunion Perdana Alumni UPSI di Kota Bharu meriah

Alumni Anak Kandung Suluh Budiman bergambar dalam majlis penyatuan semula UPSI di Kota Bharu Kelantan baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERAMAI hampir 100 alumni Anak Kandung Suluh Budiman (AKSB) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyertai Reunion Perdana Kelantan di Hotel H Elite, Kota Bharu, baru-baru ini.

Program dua hari berkenaan dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Alumni dan Kemenjadian Pelajar Lembaga Pengarah UPSI, Datuk Seri Ahmad Burak.

Hadir sama, Pengarah Pusat Alumni (PA) UPSI, Dr Siti Hartini Azmi; Pengerusi Hal Ehwal Wanita (Helwa), Persatuan Alumni Suluh Budiman UPSI, Datin Seri Junainah Abdon; Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UPSI, Nik Ahmad Nuri Nik Ismail dan Penolong Pendaftar Kanan PA UPSI, Anizan Md Noor.

Dalam ucapan perasmian Ahmad yang juga Ahli Lembaga Pengarah UPSI berkata, reunion seperti itu perlu kerap dijadikan program bagi setiap kumpulan, kohort atau cawangan negeri bagi mempertemukan bekas pelajar yang pernah bersama menuntut ilmu di ibu kandung.

Hubungan silaturahim, persahabatan dan persaudaraan boleh terus dipererat serta dipupuk menerusi program seperti ini, katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN