Remaja ditampar lima kali oleh rakan sekelas

Remaja ditampar lima kali oleh rakan sekelas selepas muat naik gambar mengaibkan

MOHD. ZAID HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Satu siasatan telah dijalankan pihak polis berhubung penularan sebuah rakaman video memaparkan seorang pelajar perempuan di salah sebuah sekolah di daerah Kajang telah mengasari rakan sekelasnya pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, satu laporan polis diterima pihaknya berhubung kejadian dibuat oleh salah seorang pelajar berusia 17 tahun yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Kata beliau, hasil siasatan kejadian dikatakan berlaku pada Jumaat lalu semasa salah seorang pelajar dalam video berkenaan berada di dalam kelas telah melihat satu posting gambar di akaun Tiktok miliknya yang mengaibkan dirinya. 

“Video tersebut dikatakan ditular oleh rakan sekelas. 

“Oleh kerana itu pelajar berkenaan telah berjumpa dengan rakan tersebut dan telah bertindak menampar pipi rakan sebanyak lima kali sambil bertanya mengapa gambarnya ada di telefon milik rakannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, mangsa memaklumkan gambar tersebut diambil sendiri oleh suspek menggunakan telefon milik rakan. 

“Akibat sangat marah pelajar tersebut telah menampar muka rakannya itu yang dikatakan telah menjatuhkan maruahnya,” jelasnya.

Tambah beliau, suspek juga telah tampil ke balai untuk membuat laporan polis sebagai laporan perlindungan diri berhubung kejadian tersebut.

“Mangsa dalam kes ini juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian ini pada semalam. 

“Kes ini telah disiasat dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998,”katanya.

Tambah beliau, sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Muhammad Azrul Nizam Zainal Abidin di talian 016-998 5730 bagi membantu siasatan. 

Terdahulu, tindakan pelajar perempuan berusia 17 tahun terbabit tular di media sosial hari ini, selepas rakaman video kejadian itu dikongsi seorang wanita yang mendakwa ibu mangsa.

Rakaman berdurasi 57 saat itu menunjukkan pelajar perempuan memarahi dan menampar muka mangsa beberapa kali.

Wanita menggunakan akaun Facebook Waheeda Airny Anwar itu memuat naik video berkenaan dan meminta individu yang mengenali pelajar terbabit atau ahli keluarga supaya menghubunginya.

Susulan itu, wanita terbabit memuat naik satu lagi rakaman video berdurasi dua minit 12 saat yang menunjukkan satu pertemuan diadakan bersama remaja terbabit dan remaja itu mengakui kesilapannya. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN