Polis siasat kibar bendera Israel di Terengganu - Utusan Malaysia

Polis siasat kibar bendera Israel di Terengganu

BENDERA Israel yang dipasang di sebuah premis perniagaan di Bukit Payung, Marang, Terengganu sejak Khamis lalu. - MEDIA SOSIAL 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu masih meneruskan siasatan berhubung isu pengibaran bendera Israel di sebuah premis di negeri ini yang tular di media sosial sejak Khamis lalu.

Menurut Ketua Polis negeri, Datuk Mazli Mazlan, setakat ini polis telah mengambil keterangan daripada seorang lelaki berusia 30-an disyaki pelaku yang bertindak mengibarkan bendera tersebut.

Beliau berkata, hasil maklumat awal melalui pihak keluarga memaklumkan lelaki berkenaan mempunyai masalah kesihatan mental selain rekod lampau kesalahan narkotik.

“Kita sudah ambil keterangan lelaki tersebut yang merupakan seorang peniaga namun masih mengenalpasti seksyen yang akan dikenakan terhadap kesalahan ini.

“Tindakan menaikkan bendera tanpa permit atau kelulusan di premis perniagaan adalah satu kesalahan di bawah peruntukan undang-undang pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Tetapi pihak polis tetap meneruskan siasatan secara terperinci dan menyeluruh dari semua sudut selain menunggu laporan daripada PBT yang berkaitan,” ujarnya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tular di media sosial Facebook sejak kelmarin beberapa keping gambar bendera Israel yang dikibarkan di sebuah premis perniagaan dikatakan terletak di Bukit Payung, Marang.

Tindakan itu mencetus kecaman dan kemarahan pengguna media sosial yang turut meninggalkan komen berbaur ugutan malah ada yang mahu bertindak sendiri terhadap pemiliknya.

“Orang ramai dinasihatkan tidak melakukan tindakan menimbulkan kegusaran masyarakat awam termasuk mengibar bendera Israel yang boleh mencetuskan kemarahan banyak pihak.

“Pelaku boleh disiasat dibawah kesalahan menyebabkan hura-hara dan menggugat ketenteraman awam seterusnya berdepan tindakan undang-undang yang diperuntukkan,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya