PLTP minta MBI turap permukaan gelanggang tenis - Utusan Malaysia

PLTP minta MBI turap permukaan gelanggang tenis

FAWZIL Abdul Wahid (depan, dua dari kanan) dan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee (tiga dari kiri) pada sidang akhbar Kejohanan World Tennis Tour Juniors J60 di Ipoh. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Persatuan Lawn Tenis Perak (PLTP) meminta Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menurap gelanggang di  kompleks tenis di sini bagi memulihkan permukaannya.

Presidennya, Fazwil Abdul Wahid berkata, gelanggang di kompleks tenis itu ketika ini kurang baik

“Akibat permukaan kurang baik nenyebabkan mutu permainan terjejas. Kita tidak akan dapat menyaksikan permainan bermutu.

“Saya berharap MBI mengambil tindakan sewajarnya,” katanya dalam sidang akhbar di sini.

Menurut Fazwil, Ipoh akan menjadi tuan rumah beberapa kejohanan antarabangsa tahun hadapan.

Malah menurutnya, dua Kejohanan Remaja ITF akan berlangsung di Ipoh pada Oktober dan November ini .

Sementara itu, seramai 93 pemain dari 18 negara akan berentap dalam ITF World Tennis Tour Juniors J60 (ITF WJT) yang berlangsung di Arena Tennis Perak di sini mulai esok.

Fazwil berkata, pemain itu dari Korea, Singapura, Turki, Slovakia, India, Jepun, Taiwan, Denmark, Sri Lanka, Sweden dan Hong Kong

Kejohanan itu turut disertai pemain dari Indonesia, Australia, Austria, Syria, China, Amerika Syarikat (AS), Filipina, Britain, Rusia serta Malaysia. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya