Peruntukan kecemasan RM10 juta baiki tanah runtuh Bukit Mewah - Utusan Malaysia

Peruntukan kecemasan RM10 juta baiki tanah runtuh Bukit Mewah

Tanah runtuh
IZHAM HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan negeri meluluskan peruntukan kecemasan RM10 juta bagi membaiki runtuhan tanah di Bukit Mewah, Kajang yang menjejaskan penghuni di 27 buah rumah.

Pergerakan tanah di kawasan tersebut didakwa semakin serius menyebabkan penduduk di rumah berkenaan diarah berpindah baru-baru ini untuk mengelak daripada berlaku sebarang insiden yang mengancam keselamatan.

Exco Infrastruktur dan Pertanian, Izham Hashim berkata, masalah tersebut berlarutan namun proses baik pulih mengambil masa yang lama sebelum keadaan menjadi lebih serius.

“Dahulu pergerakan itu kecil, tetapi lambat membuat tindakan kerana memerlukan proses untuk mendapatkan peruntukan, jadi sekarang kita gunakan kaedah kecemasan untuk selesaikan tak boleh guna kaedah tender.

“Masalah tersebut sudah lama tetapi keadaannya semakin serius dan sudah nampak pergerakan tanah dan kesemua 27 rumah sudah dikosongkan. RM10 juta segera untuk kita stabilkan tanah, sebab sudah nampak struktur binaan dalam tanah,” katanya ditemui selepas sidang akhbar Penyerahan Sumbangan Tabung Kemanusiaan Palestin, hari ini.

Beliau menambah, kesemua penduduk di kawasan berkenaan dipindah dengan bantuan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan sebahagian mereka kini menyewa di tempat lain.

Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, Izham memaklumkan kerajaan negeri sedang meneliti permohonan penduduk Bukit Tarik, Hulu Selangor untuk mendapatkan kemudahan infrastruktur di kawasan penempatan mereka.

Infrastruktur tersebut termasuklah jalan raya, sambungan bekalan elektrik serta air bersih di kawasan tersebut yang diduduki lebih 30 tahun lalu.

“Itu sudah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) kita sudah melihat dengan lebih teliti bagaimana untuk mengatasinya sebab perkara ini bukan baharu, sudah 30 tahun. Itu kita akan tengok.

“Sekarang penelitian sedang dibuat, sudah di bawa dalam mesyuarat exco tempoh hari, kita minta supaya dikaji balik,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya