Permohonan pekerja asing tukang gunting, pekerja tekstil, tukang emas dibuka 10 Oktober

Permohonan pekerja asing tukang gunting, pekerja tekstil, tukang emas dibuka 10 Oktober

V. SIVAKUMAR dalam sidang akhbar khas, di KSM, Putrajaya. - UTUSAN/MOHD HUSNI MOHD NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Permohonan baharu pekerja asing dan sedia ada bagi tiga subsektor tukang gunting, pekerja tekstil dan tukang emas akan dibuka mulai 10 Oktober ini.

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, permohonan ini dibuka sehingga kuota 7,500 pekerja asing ini dipenuhi bagi tiga subsektor berkenaan dan majikan juga perlu berdaftar dengan persatuan perdagangan India.

Beliau berkata, pihaknya menetapkan tiada lanjutan permohonan dibenarkan selepas kesemua kuota berkenaan dipenuhi.

“Berdasarkan rekod Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), kuota itu termasuk jumlah pekerja asing sedia yang bekerja di Malaysia iaitu sekitar 5,000 orang.

“Bagi pekerja sedia ada, majikan juga perlu membuat permohonan pembaharuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) bermula 10 Oktober ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Katanya, permohonan pekerja asing bagi tiga subsektor itu dibuat bagi memenuhi permintaan majikan selepas ia dibekukan sejak tahun 2009.

Menurutnya, permohonan itu tertakluk kepada syarat-syarat pengambilan pekerja asing sedia ada termasuk permohonan dibuat oleh majikan, tempoh penggajian serta kriteria dan kelayakan.

“Bagi subsektor tukang emas dan pekerja tekstil (keluasan lantai 1,000 hingga melebihi 5,000 meter persegi), kelayakan pekerja asing dibenarkan adalah 15 peratus dari jumlah tenaga tempatan.

“Bagi subsektor sektor tukang rambut pula, jika kerusi ada tiga (kelayakan dibenarkan adalah satu pekerja tempatan, dua pekerja asing),” katanya.

Katanya, pihaknya menegaskan bahawa permohonan pekerja asing bagi tiga subsektor itu dibenarkan hanya untuk perniagaan yang sudah wujud sahaja dan bukannya premis baharu.

Jelasnya lagi, pekerja asing yang dibenarkan adalah dari 15 negara sumber yang ditetapkan oleh kerajaan dan kebiasaannya tiga subsektor diperlukan itu adalah dari negara India.

Dalam pada itu, Sivakumar berkata, pihaknya turut menetapkan pengusaha subsektor itu wajib mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf kerajaan.

Pada masa sama, katanya, pihaknya turut menggalakkan lebih ramai anak muda menceburi tiga subsektor itu sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing pada masa depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya