Penyelia dewan makan maut, kereta putus dua bertembung 4x4

Penyelia dewan makan maut, kereta putus dua bertembung 4×4

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Seorang wanita maut dalam kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Kampung Bukit Pak Kuning, Kuala Ketil di sini petang ini.

Nahas kira-kira pukul 5 petang mengakibatkan pemandu kereta jenis Proton Saga, Farah Nabihan Mohamad, 37, maut di tempat kejadian.

Kenderaan dipandu mangsa yang bekerja sebagai penyelia dewan makan di sebuah sekolah di Baling itu putus dua setelah bertembung dengan pacuan empat roda (4×4) jenis Toyota Hilux.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati, Toyota Hilux itu bergerak dari arah Kuala Ketil menghala ke Parit Panjang, manakala kereta mangsa dari arah bertentangan.

“Apabila sampai di tempat kejadian, kereta mangsa telah hilang kawalan lalu masuk ke laluan Toyota Hilux dalam kedudukan melintang.

“Oleh kerana jarak terlalu dekat, pemandu tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian hadapan Proton Saga menyebabkan kereta itu terputus dua,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Shamsuddin berkata, impak pertembungan menyebabkan mangsa tercampak ke sebelah kiri jalan dan mengalami kecederaan parah.

“Pemandu Toyota Hilux yang berusia 57 tahun dan penumpangnya berumur 54 tahun mengalami luka-luka di bahagian dahi dan muka,” katanya.

Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya