Pensyarah UMS terima pengiktirafan Top Research Scientists

Pensyarah UMS terima pengiktirafan Top Research Scientists Malaysia

KAMPUS UMS di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: ­Pensyarah Universiti Malaysia ­Sabah (UMS), Profesor Madya Dr. Balan Rathakrishnan diiktiraf sebagai antara Top Research Scien­tists Malaysia (TRSM) 2023 oleh Akademi Sains Malaysia (ASM), baru-baru ini.

Pensyarah Fakulti Psikologi dan Pendidikan UMS itu menyediakan pelbagai latihan, run­dingan dan penyelidikan kepada pelbagai jenis orga­nisasi tempatan dan antarabangsa dalam bidang pembangunan belia dan komuniti serta psikologi industri dan organisasi.

Balan berkata, para saintis penyelidikan Malaysia me­nyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan ekonomi negara melalui penjanaan dan penyebaran pengetahuan, penciptaan kekayaan dan usaha produktif untuk kecemerlangan saintifik bagi manfaat kemanusiaan.

“Sehubungan itu, pangkalan data TRSM bertujuan mengiktiraf dan mempamerkan pencapaian para saintis penyelidikan Malaysia sebagai pemain pe­ranan dari segi kecemerlangan, mentor kepada generasi akan datang serta pemimpin untuk terus memajukan penyelidikan bidang sains, teknologi dan invovasi (STI),” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, menurut Balan, pengiktirafan yang diberikan kepadanya akan digunakan sebagai satu mekanisme untuk menyedarkan orang ramai tentang kepen­tingan bidang penyelidikan kemanusiaan seperti bidang psikologi kepada komuniti.

“Saya berhasrat untuk melibatkan lebih banyak penyelidik muda untuk turut serta dalam penyelidikan bidang sains sosial dan kemanusiaan.

“Hasil dapatan ini akan dapat membantu meningkatkan kualiti dan kesejahteraan manusia sejagat serta meningkatkan hasil kreativiti dan inovasi dalam membantu meningkatkan kesejahteraan komuniti,” ujarnya.

Pengiktirafan tersebut di­sampaikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN