Penganggur dipenjara tujuh tahun, empat sebatan  - Utusan Malaysia

Penganggur dipenjara tujuh tahun, empat sebatan 

MUHAMMAD Faiz Radzali (tengah) yang dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan empat sebatan kerana merompak serta mencederakan seorang wanita  dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini. -  UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang penganggur dipenjara tujuh tahun atas kesalahan cubaan merompak dan menyebabkan kecederaan terhadap seorang wanita, bulan lalu.

Hakim Nooriah Osman turut menjatuhkan hukuman empat sebatan selepas Muhammad Faiz Radzali, 25, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, hari ini.

Berdasarkan pertuduhan, Muhammad Faiz didakwa cuba melakukan rompakan serta mendatangkan kecederaan kepada seorang wanita tempatan berusia 31 tahun.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh di sebuah kedai dobi layan diri di Kampung Seberang Takir, Kuala Nerus sekitar pukul 3 petang pada 30 September lalu.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan (KK).

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan empat sebatan bermula tarikh tertuduh ditangkap iaitu 1 Oktober.

Hakim dalam penghakimannya berkata, tertuduh bernasib baik tindakannya itu hanya menyebabkan mangsa cedera ringan sekaligus terlepas daripada hukuman lebih berat.

“Namun tertuduh tidak teragak-agak membuat kekerasan bagi mencapai niatnya dan mendatangkan trauma kepada mangsa selain mencetus kegusaran masyarakat,” katanya.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hanis Nabihah Hizamul-Din makanakal tertuduh tidak diwakili peguam.

Akhbar sebelum ini melaporkan seorang wanita dikejarkan ke hospital selepas ditikam di bahagian belakang oleh seorang lelaki di sebuah kedai dobi di Seberang Takir.

Turut tular di media sosial rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan sebelum suspek berjaya ditahan di Kampung Mengabang Telipot, keesokkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya