PDRM bekerjasama dengan Australian Federal Police berkaitan penahanan rakyat Malaysia - Utusan Malaysia

PDRM bekerjasama dengan Australian Federal Police berkaitan penahanan rakyat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sedang bekerjasama dengan Australian Federal Police (AFP) bagi menjalankan siasatan berhubung penahanan seorang rakyat Malaysia berkaitan rampasan dadah Methamphetamine di Melbourne.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Seri Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, segala tindakan akan diambil bagi memastikan kegiatan penyeludupan dadah yang menjadi ancaman di negara ini dapat dibanteras tanpa kompromi.

“Pihak media melaporkan empat lelaki yang mana salah seorang daripadanya adalah warganegara Malaysia.

“Mereka ditahan oleh pihak berkuasa Australia berkaitan dadah,” katanya dalam kenyataan malam ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN