PasRelief beri sumbangan diesel untuk Palestin

PasRelief beri sumbangan diesel untuk Palestin

BEKALAN diesel dihantar kepada mangsa untuk membekalkan tenaga elektrik di Gaza, Palestin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: PasRelief tampil memberi sumbangan bekalan diesel bagi memastikan generator dapat dihidupkan untuk menjana  tenaga elektrik di Hospital Europe, Gaza City, Palestin.

PasRelief dalam satu kenyataan memaklumkan, kawasan berkenaan kini terdedah dengan serangan rejim Zionis yang menganggapnya membekalkan bahan bakar kepada pejuang Palestin.

Katanya, langkah tersebut juga diambil selepas banyak kemudahan awam menjadi sasaran selain bekalan elektrik diputuskan sehingga menjejaskan operasi di hospital-hospital dalam Gaza.

“Penduduk Palestin ketika ini terpaksa menggunakan generator untuk mendapatkan bekalan elektrik, bagaimanapun mereka memerlukan bahan bakar seperti diesel.

“Ketika kerja-kerja penyaluran bantuan bekalan diesel dilaksanakan, petugas terdedah kepada sasaran bedilan rejim zionis kerana dianggap membekal bahan bakar kepada pejuang. Hakikatnya petugas sedang menyelamatkan ribuan nyawa yang kritikal untuk mendapatkan rawatan di hospital,” katanya dalam satu kenyataan.

PasRelief berkata, keadaan di Gaza ketika ini ibarat antara hidup dan mati.

Katanya, kehabisan bekalan elektrik di hospital boleh menyebabkan ancaman nyawa kepada pesakit yang kian meningkat terutama kepada bayi, kanak-kanak dan warga emas.

“Serangan demi serangan, sekatan demi sekatan terhadap rakyat Palestin, tidak akan mematahkan usaha malah PasRelief terus giat membantu mereka.

“Justeru PasRelief ingin mengajak dan menyeru kepada semua untuk turut menyumbang buat mangsa perang di Palestin,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN