PARLIMEN: Dewan Rakyat kecoh lagi selepas Shahidan tuduh MP Tebrau sokong Israel - Utusan Malaysia

PARLIMEN: Dewan Rakyat kecoh lagi selepas Shahidan tuduh MP Tebrau sokong Israel

shahidan
SHAHIDAN KASSIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perjalanan mesyuarat Dewan Rakyat terganggu seketika sehingga menimbulkan kekecohan selepas Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menuduh seorang ahli Parlimen kerajaan sebagai menyokong zionis Israel.

Shahidan ketika itu membangkitkan jika seluruh Parlimen Malaysia akan menyatakan pendirian menentang pembunuhan berleluasa oleh Israel terhadap rakyat Palestin.

Beliau kemudian memetik Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse dengan apa yang dikatakan sebagai menyokong Israel.

Tidak dapat dipastikan jika Wee Tse mengeluarkan kenyataan seperti itu sama ada di dalam Dewan Rakyat atau ketika menghadiri program di luar.

Bagaimanapun Wee Tse menafikan dakwaan itu dan menggunakan Perkara 36(6) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat terhadap Shahidan kerana mengeluarkan sangkaan jahat terhadapnya.

Shahidan: Saya minta Parlimen buat pendirian. Jangan biar seorang buat pandangan, macam Tebrau dia sokong Israel. Apakah beliau seorang sahaja yang berpendirian sokong Israel? Parlimen kena buat keputusan apakah pendirian kita tentang pembunuhan berleluasa ini.

Wee Tse: Itu satu fitnah.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yieng kemudian meminta bukti kepada Shahidan jika benar Wee Tse menyokong Israel seperti yang didakwa.

Beliau juga mengarahkan Shahidan menarik balik dakwaannya kerana berunsur fitnah.

Keadaan tidak berhenti setakat di situ sehingga ahli-ahli Parlimen kerajaan berdiri menuntut Shahidan menarik balik dakwaan dan meminta maaf.

Shahidan: Dia sepatutnya tarik balik di luar sana. Dia ditularkan menyokong Israel. Saya bukan perangai macam anda semua tuduh orang tiada bukti. Kalau tidak betul, bagus.

Wee Tse: Saya bersolidariti dengan Palestin juga. Saya cuma kata, bolehkah longgarkan syarat perhimpunan aman supaya lebih banyak berhimpun, solidariti boleh dilakukan tanpa notis lima hari? Saya tanya dalam dewan ada rekod.

Shahidan kemudian berkata, jika Wee Tse mengaku tidak menyatakan sokongan terhadap Israel, beliau akan menarik balik kenyataan berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya