PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikan Kadar Dasar Semalam (OPR) pada Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Khamis ini, bagi membendung aliran keluar pasaran modal dan menarik pelabur asing ke Malaysia, kata penganalisis. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pensyarah Kanan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM), Prof. Madya Dr. Abu Sofian Yaacob berkata, OPR diunjurkan naik sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus berbanding 3.00 peratus ketika ini. Katanya, tindakan tersebut juga seiring dengan langkah-langkah yang dilaksanakan oleh negara-negara lain yang mahu menarik kemasukan pelabur asing. “Perkara ini sedikit sebanyak akan membantu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya