Noor Hisham kembali ke dewan bedah

Noor Hisham kembali ke dewan bedah

NOOR Hisham Abdullah (kiri) ketika bertugas di dewan bedah Institut Endokrin, Hospital Putrajaya. -GAMBAR MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah kembali ke dewan bedah dan bertugas di Institut Endokrin, Hospital Putrajaya.

Noor Hisham berkata, beliau akan mula sesi pembedahan pada setiap hari Isnin dan menjalankan klinik pada setiap hari Selasa.

“Semoga Institut Endokrin ini akan dapat memperkukuhkan lagi perkhidmatan perubatan dan pembedahan endokrin dalam negara dan seterusnya kekal menjadi pusat kecemerlangan bertahap antarabangsa. Insya-Allah,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Terdahulu, Noor Hisham bersara pada 19 April lalu selepas 35 tahun berkhidmat dalam sektor kesihatan awam negara.

Noor Hisham yang menjawat jawatan sebagai ketua pengarah sejak 2013 dan sepanjang tempoh lebih tiga dekad dalam perkhidmatan, beliau antara individu penting ketika negara berdepan krisis kesihatan ketika pandemik Covid-19.

Malah, beliau juga dianggap ‘wira’ rakyat melalui pencapaian terbaik pasukan kesihatan di bawah pimpinannya dalam memerangi penularan virus tersebut.

Untuk rekod, Institut Endokrin meliputi sebuah blok 10 tingkat dengan terdapat sebanyak 220 buah katil, 10 katil dewasa di unit rawatan rapi (ICU) dan lapan katil pediatrik.

Manakala dewan bedah hibrid (Neuro-Endokrin Berintegrasi) dan empat Dewan Bedah telah pun memulakan operasi pada minggu lepas.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya