Netizen kena ‘scam’, Kak Lina bukan peserta keenam Famili Duo - Utusan Malaysia

Netizen kena ‘scam’, Kak Lina bukan peserta keenam Famili Duo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tekaan warganet yang menyangka pengacara, Elly Mazlein menyertai program Famili Duo musim ke-3 meleset apabila Syaiful dan Sharif dari kumpulan lawak Zero diumumkan sebagai peserta keenam rancangan tersebut.

Pengumuman itu dibuat oleh pengacara Janna Nick dan Izzue Islam pada konsert minggu pertama pertandingan realiti Studio TV3 Glenmarie malam tadi.

Kehadiran Syaiful dan Sharif mengisi kekosongan tersebut sekaligus melenyapkan spekulasi mengaitkan Elly dan suaminya, Mohd. Azlan Che Nuh dengan program berkenaan

Sebelum ini, pihak penganjur hanya mengumumkan lima daripada enam peserta untuk musim ketiga dan merahsiakan peserta keenam sebagai kejutan.

Selain Syaiful dan Sharif, turut bertanding kalah Shila Amzah dan Syahir Amzah, Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi, Fuad Rahman dan Tom, Ryan Bakery dan Adam Bakery serta Haqiem Rusli dan Ariff Bahran.

Juara mingguan bakal memenangi hadiah berjumlah RM10,000 pada tujuh episod pertama, manakala finalis di pentas akhir Famili Duo berpeluang merebut hadiah utama wang tunai RM100,000.

Pemenang mingguan akan ditentukan oleh juri tetap sebanyak 70 peratus dan undian dalam talian melalui Tonton (30 peratus).

Famili Duo musim ketiga dikendalikan oleh Janna Nick dan Izzue Islam sebagai hos program, manakala Ajai dan Mas Idayu kekal sebagai juri tetap.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN