Nafi pengurus pecah amanah, Nadeera ambil tindakan - Utusan Malaysia

Nafi pengurus pecah amanah, Nadeera ambil tindakan

SHAH ALAM 6 SEPTEMBER 2023- Sesi Fotografi bersama penyanyi, Nadeera Zaini pada sidang media Konsert Patah Hati di Bandar Utama Petaling Jaya di sini, hari ini. Foto: ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tampil mempertahankan pengurusnya, Zizi Hadid yang didakwa tidak jujur dan pecah amanah, penyanyi, Nadeera membuat laporan polis.

Menerusi kenyataan rasmi, Nadeera menafikan semua tuduhan yang disebar seorang individu sekali gus mempertahankan pengurusnya daripada difitnah dengan tuduhan tidak berasas.

“Saya mengambil maklum beberapa tuduhan serta ugutan yang dibuat seorang penata gaya terhadap pengurus saya, Zizi Hadid dalam Instagramnya sejak kebelakangan ini.

“Di sini, saya menafikan sekeras-kerasnya segala dakwaan dan fitnah yang dilemparkan individu itu yang mendakwa pengurus saya tidak bersikap jujur dan pecah amanah.

“Saya mengambil serius isu fitnah yang mendakwa saya diperlakukan secara tidak profesional oleh pihak pengurus. Atas nasihat peguam, satu laporan polis telah dibuat,” katanya.

Dalam pada itu, juara Big Stage 2023 itu bersama pihak pengurusannya, Woodwid Records sedang meneliti semua dakwaan dan bakal mengambil tindakan undang-undang sekiranya terdapat unsur ugutan terhadap pengurusnya.

“Saya dan pengurus tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya perkara ini berlanjutan.

“Pihak kami juga sudah tidak mempunyai kaitan dengan individu tersebut sejak isu ini timbul. Saya menggesa individu itu untuk berhenti daripada terus memburukkan keadaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN