KEPALA BATAS: Karnival Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2023 merekodkan jumlah kehadiran melebihi 200,000 orang sepanjang sembilan hari berlangsung bermula pada 30 September lalu hingga semalam. Jumlah itu sekali gus mengatasi sasaran awal yang ditetapkan iaitu seramai 150,000 pengunjung secara keseluruhannya. Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berkata, selaku penganjur utama, pihaknya berpuas hati dengan penganjuran MSAM kali ini. Selain itu, katanya, beliau…










