PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran di peringkat waspada di tiga negeri yang dijangka dilanda hujan berterusan bermula esok sehingga 5 Oktober ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, tiga negeri tersebut adalah Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan, aplikasi myCuaca dan juga lama media sosial rasmi selain menghubungi talian hotline MetMalaysia iaitu 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan lanjut. – UTUSAN