Menghukum orang tak habis-habis - Kak Lina Pom Pom sindir siapa? - Utusan Malaysia

Menghukum orang tak habis-habis – Kak Lina Pom Pom sindir siapa?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pengacara, Elly Mazlein menimbulkan tanda tanya apabila memuat naik perkongsian berbaur sindiran kepada pihak tertentu yang identiti mereka tidak didedahkan di Instastorynya.

Elly yang popular dengan gelaran Kak Lina Pom Pom, tanpa memetik mana-mana pihak, memberi teguran ‘tajam’ buat individu-individu terbabit yang seolah-olah mencetuskan provokasi terhadap dirinya.

“Kadang-kadang kita terpaksa melupakan tanggungjawab kita… sebab apa? Sebab niat kita ini baik untuk memberi laluan kepada orang buat kerja dengan lebih selesa.

“Lagi satu, jangan gaduh pasal rezeki. Allah sudah susun baik-baik untuk kita semua.

“Mengalah tak semestinya kita kalah. Kita ambil keputusan melepaskan untuk tenang dan untuk memilih bahagia,” tulisnya panjang.

Elly sekitar minggu ini mengejutkan ramai pihak selepas mengumumkan pengunduran selaku hos program All Star Gegar Vaganza (GV10).

Berita tersebut terdahulunya dikongsikan pihak Astro menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada Selasa lalu.

Dalam Instastorynya, Elly meluahkan rasa berang terhadap tindakan pihak-pihak berkenaan yang dirasakan bersikap sombong dan telah menjatuh hukum keatas dirinya.

“Kita dah elok-elok senyap, member pula menggelitat nak kita cakap benda busuk bangkai ni. Dunia-dunia.

“Menghukum orang tak habis-habis, supaya diri nampak terpaling baik. Makin serlah kelucuan ini. Ini baru nama lucu, tak ada lucu stereotaip. Dulu kini dan selamanya.

“Walaupun sehebat mananya kita, sombong hebat kasi turun sikit dik. Ingat asal usul,” tulisnya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN