Mayat warga emas ditemukan di Sungai Kinta - Utusan Malaysia

Mayat warga emas ditemukan di Sungai Kinta

MAYAT seorang wanita warga emas yang dijumpai terapung di Sungai Kinta berhampiran Taman Desa Aman, Ipoh. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Mayat seorang wanita warga emas ditemukan dalam keadaan terapung di Sungai Kinta berhampiran Taman Desa Aman di sini semalam.

Mayat  Jama’ah Hamid, 67, itu dijumpai di tepi sungai oleh orang awam ketika mahu memancing.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 4.31 petang yang memaklumkan berlaku kejadian lemas di Sungai Kinta.

Katanya, siasatan di lokasi kejadian mendapati warga emas itu dijumpai orang awam dalam keadaan terapung dengan jala masih di tangannya.

“Pemeriksaan di sekitar tempat kejadian tidak menjumpai apa-apa mencurigakan kecuali basikal dipercayai milik mangsa yang berada di tebing sungai.

“Malah, pemeriksaan awal pada badan mangsa juga tidak menjumpai sebarang kesan kecederaan mahupun unsur jenayah,” katanya.

Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

“Setakat ini, kes penemuan mayat itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN